Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘BOOKS – BAHASA MALAYSIA’ Category

Memoir Ahmad Boestamam
Memoir Ahmad Boestamam

Edisi terbitan ini menghimpunkan ketiga-tiga karya Boestamam: Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang, agar dapat dihayati oleh pembaca lain. Testament ini menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Bahan ini sesuai untuk bacaan masyarakat umum terutama mereka yang berminat dalam bidang sains politik.Publisher : Penerbit UKM
ISBN : 967-942-612-6
 

RM55.00

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Read Full Post »

Agenda Melayu atau Agenda RakyatItem price : RM18.00


Buku ini, yang berjudul “Agenda Melayu atau Agenda Rakyat” merupakan kumpulan tulisan Ban Chen dalam kolumnya di Malaysiakini dalam kira-kira selama tempoh tahun 2004. Nampaknya Ban Chen menerbitkan satu kumpulan setiap tahun. Sebelum ini penerbit yang sama telah mengeluarkan tiga kumpulan tulisan-tulisan beliau. Saya dengar sambutannya boleh tahun juga, dan itu sebabnya penerbit meneruskan dengan kumpulan ke-empat ini. Artikel-artikel dalam buku ini sebenarnya ditulis untuk mengulas beberapa isu atau masalah yang timpul pada ketika-ketika tertentu. Namun demikian, kita dapat melihat jaringan tema yang rapat menghubungkan antara satu artikel dengan artikel lain. Judul buku ini menjelmakan tema tersebut. Tema ini sangat penting ertinya dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan sosial bagi negara serta rakyat. Dalam peringkat pembangunan sekarang ini memang perlu untuk pemerintah dan rakyat menentukan apakah pendekatan serta arah agenda pembangunan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Read Full Post »

Memoir Abdullah CD – Zaman Pergerakan Sehingga 1948 RM35.00

Memoir Abdullah CD – Zaman Pergerakan Sehingga 1948
Author: Abdullah CD
Publisher:  
Year: 2005
Number of page: Not Specified
   

Terlalu banyak peristiwa dan kenangan yang melintas di benak saya apabila mengenang kembali sejarah perjuangan silam sejak 1920-an sehinggalah sekarang.Perjuangan memang amat berliku-liku dan saya jatuh sakit disebabkan keracunan pengkhianat pada 1976. Kesan daripada sakit itu amat hebat dan mengganggu keupayaan saya untuk menulis dengan lancar. Akan tetapi, berkat izin Allah dan berkat sokongan kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa Pusat dan Kawan Chen Ping; berkat bantuan Suriani dan pimpinan Rejimen Ke-10 lainnya serta berkat bantuan kawan-kawan dan rawatan doctor, saya teguh berjuang melawan penyakit. Alhamdulillah, saya sihat semula sehingga ke hari ini sungguhpun agak uzur kerana sudah lanjut usia.

Memoir Adullah CD: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 ini sya harap akan dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita. Saya berharap ia akan melengkapkan ruang-ruang sejarah yang belum lengkap. Sekurang-kurangnya ia akan membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir daripada perspektif yang berlainan. Dengan itu saya harap mereka dapat membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang antipenjajah yang berada dalam wadah kiri dan dalam Parti Komunis Malaya.

Read Full Post »

Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan RM35.00
Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan
Author: Mohamed Salleh Lamry
Publisher:  
Year: 2006
Number of page: Not Specified
   

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan. Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai. Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan kemerdekaan tanggapan umum terhadap perjuangan melingkari topik berkenaan gerakan antikolonial, gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis kiri pada zaman penjajah. Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga menemubual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan.

Read Full Post »

Memoir Rashid Maidin – Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada Per RM18.00
Memoir Rashid Maidin – Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada Per
Author: Rashid Maidin
Publisher:
Year: 2005
Number of page: Not Specified
   

Saya telah melalui pahit maung di bawah penjajah Inggeris dan Jepun. Pada masa pendudukan tersebut setakat yang saya mampu. Begitulah juga apabila Inggeris kembali menjajah semula Malaya pada 1945. Di antara 1945-48, tempoh perjuangan secara aman melawan Inggeris, saya menjadi salah seorang wakil terbuka PKM bergerak menyusun massa rakyat untuk kemerdekaan. Setelah Darurat pada Jun 1948, saya tertangkap dan meringkuk dalam tahanan penjajah Inggeris sehingga 1952. Mujurlah saya berjaya melepaskan diri dan bergabung dengan pasukan gerila Rejimen Ke-10 pimpinan rakan karib saya, Abdullah CD. Pada Disember 1955, saya terlibat bersama Chen Ping dan Chen Tien dalam Rundingan Baling. Pada 1989, saya menjadi salah seorang perwakilan PKM dalam Rundingan Phuket yang menghasilkan Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember tahun itu.

Saya berharap memoir ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran dari sudut perjuangan yang saya ceburi selama berpuluh-puluh tahun ini. Saya percaya ia berguna melengkapkan sejarah tanah air. Akhir kata, saya amat berterima kasih kepada pihak penerbit dan semua pihak yang bersusah payah membantu saya dalam menerbitkan memoir ini. Jasa anda semua tetap saya sanjung tinggi.

Rashid Maidin

Read Full Post »

Pekerja Malaysia: Terpinggir di Bumi Kaya! RM12.00

Terpinggir di Bumi Kaya!
Author: Syed Shahir Mohamud
Publisher: SIRD
Year: 2006
Number of page: 118
Delivery: 1 day

Syed Shahir Syed Mohamud sememangnya dilahirkan sebagai pejuang rakyat. Beliau terlibat dengan pergerakan kesatuan sekerja sejak awal 1970an. Sejak 1975, beliau mula berkhidmat di kesatuan pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu (kesatuan pekerja bagi pekerja-pekerja dalam industri automobile) di Shah Alam dan kini sebagai Setiausaha Eksekutif.

 

Tanggungjawab lain yang dipikul ialah Ahli Lembaga Penasihat Pekerja Kebangsaan, Ahli Lembaga MTEN, Ahli Lembaga KWSP dan juga salah seorang anggota panel kepada Makhamah Perindustrian, anggota Akademik bagi ijazah MBA Universiti Tun Abdul Razak, anggota Majlis Penasihat Akademik bagi ijazah lanjutan Universiti Utara Malaysia, anggota penuh Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC), jawatan Timbang Tara (Panel of Arbitrators) bagi sejumlah kesatuan-kesatuan pekerja di Malaysia.

 

Beliau ini menyandang jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), jawatan yang ditandingi sejak 1994 dan tewas kepada Zainal Rampak selama empat pemilihan.

 

Penglibatannya dalam gerakan buruh juga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa di mana beliau dilantik sebagai Presiden Majlis Kesatuan-kesatuan Sekerja ASEAN (ATUC).

 

Dalam politik, beliau mula bertanding dalam pilihanraya umum sejak berusia 21 tahun pada tahun 1974 di bawah tiket Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Beliau menentang Timbalan Menteri Besar pada ketika itu, Beliau bertanding sekali lagi dalam Pilihanraya Umum 2004 di Parlimen Kelana Jaya.

Read Full Post »

Serikandi Suriani Abdullah RM6.00
Serikandi Suriani Abdullah
Author: SIRD
Publisher:  
Year: 2005
Number of page: Not Specified
   

Ibu Suriani binti Abdullah adalah salah satu seorang pejuang wanita yang unggul dalm perjuangan kemerdekaan tanah air kita. Selama setengah abad lebih, beliau melibatkan diri dalam kancah perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu fasis Jepun dan penjajah British serta untuk pembebasan dan kesejahteraan rakyat. Sejak tahun 1955, beliau ikut sama memimpin pasukan Rejimen ke-10 Tentera Rakyat Malaya (dulunya Tentera Pembebasan Nasional Malaya). Beliau telah membuat sumbangan yang besar, melakukan banyak aktiviti dan pekerjaan, namun sejarah peribadi beliau bertautan erat dan berpadu dengan sejarah Rejimen ke-10. Beliau dihormati dan disayangi oleh segenap komander dan perajurit Rejimen ke-10 yang menganggap beliau sekali gus sebagai pimpinan, sahabat dan juga ibu tempat mereka mencurahkan segala kesulitan dan suka duka mereka.

Read Full Post »

Islam Melayu Komunis – Wawancara dengan Abdullah CD, Rashid Mai RM12.00
Islam Melayu Komunis – Wawancara denganL Abdullah CD, Rashid Mai
Author: SIRD
Publisher:  
Year: 2005
Number of page: Not Specified
Delivery:  

“……sesiapa yang bersikap adil dan objektif dalam menilai sejarah, saya rasa sudah pasti akan mengakui peranan penting perang garila ini. Bahkan Tunku Abdul Rahman sendiri dalam Rundingan Baling pada tahun 1955 dulu pernah mengakui sumbangan penting perang gerila ini untuk mencapai kemerdekaan……” – Abdullah C.D.

“…… PKM mahu menamatkan perang, tapi biarlah dengan syarat adil dan munasabah. PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana kami bukan pengganas, tapi pejuang kemerdekaan. Yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi pemerintah penjajah British. PKM juga menyokong rombongan Tunku pergi ke London berunding dengan British untuk kemerdekaa. Tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan Malaya……” – Rashid Maidin

“…… Nak berjuang sacara damai atau sebaliknya pada masa itu bukan ditentukan oleh kita semata-mata, tetapi pada pokoknya oleh British. Kalau British sudah mengisytiharkan Undang-undang Darurat, mengharamkan semua parti dan pertubuhan patriotik, melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh negara. Dalam situasi begini, saya rasa, kita tidak dapat tidak mesti mengangkat senjata. Ia dipakskan ke atas kita. Dalam agama Islam pun diizinkan berperang untuk menegakkan keadilan melawan mereka yang zalim……” – Abu Samah

Read Full Post »

13 Mei: Sebelum dan Selepas RM20.00
Sebelum dan Selepas
Author: Tunku Abdul Rahman
Publisher: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Year: 2007
Number of page: 195
Delivery: 2 days

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak dapat tolok bandingnya.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.

-Tunku Abdul Rhman, 1969-

Read Full Post »