Posted in BOOKS - CHINESE | Leave a Comment »
|
|||||||||||
Terlalu banyak peristiwa dan kenangan yang melintas di benak saya apabila mengenang kembali sejarah perjuangan silam sejak 1920-an sehinggalah sekarang.Perjuangan memang amat berliku-liku dan saya jatuh sakit disebabkan keracunan pengkhianat pada 1976. Kesan daripada sakit itu amat hebat dan mengganggu keupayaan saya untuk menulis dengan lancar. Akan tetapi, berkat izin Allah dan berkat sokongan kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa Pusat dan Kawan Chen Ping; berkat bantuan Suriani dan pimpinan Rejimen Ke-10 lainnya serta berkat bantuan kawan-kawan dan rawatan doctor, saya teguh berjuang melawan penyakit. Alhamdulillah, saya sihat semula sehingga ke hari ini sungguhpun agak uzur kerana sudah lanjut usia.
Memoir Adullah CD: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 ini sya harap akan dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita. Saya berharap ia akan melengkapkan ruang-ruang sejarah yang belum lengkap. Sekurang-kurangnya ia akan membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir daripada perspektif yang berlainan. Dengan itu saya harap mereka dapat membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang antipenjajah yang berada dalam wadah kiri dan dalam Parti Komunis Malaya. |
Posted in BOOKS - BAHASA MALAYSIA | Leave a Comment »
|
|||||||||||
Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan. Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai. Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan kemerdekaan tanggapan umum terhadap perjuangan melingkari topik berkenaan gerakan antikolonial, gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis kiri pada zaman penjajah. Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga menemubual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan. |
Posted in BOOKS - BAHASA MALAYSIA | Leave a Comment »
|
|||||||||||
Saya telah melalui pahit maung di bawah penjajah Inggeris dan Jepun. Pada masa pendudukan tersebut setakat yang saya mampu. Begitulah juga apabila Inggeris kembali menjajah semula Malaya pada 1945. Di antara 1945-48, tempoh perjuangan secara aman melawan Inggeris, saya menjadi salah seorang wakil terbuka PKM bergerak menyusun massa rakyat untuk kemerdekaan. Setelah Darurat pada Jun 1948, saya tertangkap dan meringkuk dalam tahanan penjajah Inggeris sehingga 1952. Mujurlah saya berjaya melepaskan diri dan bergabung dengan pasukan gerila Rejimen Ke-10 pimpinan rakan karib saya, Abdullah CD. Pada Disember 1955, saya terlibat bersama Chen Ping dan Chen Tien dalam Rundingan Baling. Pada 1989, saya menjadi salah seorang perwakilan PKM dalam Rundingan Phuket yang menghasilkan Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember tahun itu. Saya berharap memoir ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran dari sudut perjuangan yang saya ceburi selama berpuluh-puluh tahun ini. Saya percaya ia berguna melengkapkan sejarah tanah air. Akhir kata, saya amat berterima kasih kepada pihak penerbit dan semua pihak yang bersusah payah membantu saya dalam menerbitkan memoir ini. Jasa anda semua tetap saya sanjung tinggi. Rashid Maidin |
Posted in BOOKS - BAHASA MALAYSIA | Leave a Comment »
|
|||||||||||
Mad about Malaysia reflects a commitment and it comes delightfully packaged with a style of writing that – trust us – will make you smile, laugh, sigh, curse or roll your eyes up as you go along. This is a book to be read once and taken out again at regular intervals by all those who wish to reminiscence, regret, rejoice and celebrate together with that curious species known as Malaysians. – S. Vicknesan
…….More and more are getting even madder than I am, however, and becoming increasingly brave and bold in speaking-out and standing-up for themselves and their compatriots. So these days, i’m more madly in love than ever with the good side of Malaysia, and even madder in my determination to help expose and defeat the bad. – Dean Johns |
Posted in BOOKS - ENGLISH | Leave a Comment »
|
|||||||||||
This is the first credible account of the May 13, 1969 racial riots in Malaysia, using documents recently declassified at the Public Records Office, London, after the lapse of the 30-year secrecy rule. These documents provide the only available confidential observations and memoranda by British and other foreign embassy operatives based on their intelligence and contacts with local officials and politicians. They include dispatches by correspondents which were then banned in Malaysia. A social scientist, Kua Kia Soong provides a fresh political analysis of this “May 13 incident”. In his view, the riots were by no means a spontaneous outburst of violence between Malays and Chinese but rather a planned coup d’etat by the ascendant state capitalist class against the Tunku-led aristocracy. He discusses the contradictions of the post-Independencec Alliance racial formula and traces the rise of this new Malay capitalist class which has ruled Malaysia since 1969. These documents clearly show who were responsible for the violence and pose the question why the security forces allowed the violence to go on. With this publication, it is hoped that the frequently raised “spectre of May 13” by the Barisan Nasional government will be forever put to rest. ABOUT THE AUTHOR: Dr. Kua Kia Soong is a director and founding member of human rights organisation, Suaram. He was a Member of Parliament for Petaling Jaya (1990-95), a former political detainee during Operasi Lalang (1987-89) and former lecturer at the National University of Singapore (1978-79). |
Posted in BOOKS - ENGLISH | Leave a Comment »
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
Aliran Monthly editor’s note 27: 7 |
Friday, 19 October 2007 | |
What are we focusing on in this issue? Correct! Correct! Correct! It’s the explosive Lingam video clip and the impact it has had on Malaysian society. In our cover story, P Ramakrishnan asserts that everything that could go wrong with the judiciary has gone wrong. The only way to redeem the judiciary, he argues, is to appoint a royal commission of inquiry with broad powers to look into all that ails the bench.Yeo Yang Poh then warns us that ‘the politics of disappearance’ – the gradual disappearance of societal pillars such as justice, fairness, democracy and accountability – is flourishing in Malaysia. It is time for Malaysians to banish such disappearances.Meanwhile, the Coalition Against Health Care Privatisation urges the Prime Minister to cancel the Full-Paying Patients scheme as it will affect the quality of care provided to the lower-income group. Jeyakumar Devaraj then calls for the law to be amended to protect the rights and welfare of retrenched plantation workers.
In our back cover story, Rustam Sani wonders if ‘Malay cowardice’ is really a problem as some once powerful Umno leaders suggest. To create a modern, dynamic Malay society, he argues that Malay society must first be freed from the shackles of forced homogeneity. In another piece, Rama recalls the ups and downs in the 30 years of Aliran. Those in Aliran were once labelled and abused – but at the same time, they also discovered the joy of standing up for justice and found what makes living worthwhile. Anil Netto meanwhile writes about another ‘alternative’ night to remember, coming so close as it did to the official celebrations to mark 50 years of Merdeka. Remember, we are doing this for the interest of the country, not for ourselves! God bless you and your family. Stay connected, current and committed to justice. We deliver the truth right to your doorstep every month at only RM30 a year — which is far less than your newspaper bill each month. All you have to do is click here. Justice was never won without personal sacrifice – whether measured in time volunteered, energy devoted to a cause, or financial support generously given. We need your support in our struggle for justice. Your contribution no matter how small will be like a droplet that builds up into a wave of change. Click here if you would like to contribute financially. ALIRAN can be purchased at MAYFLORENCE |
Posted in MAGAZINES | Leave a Comment »
|
|||||||||||
Syed Shahir Syed Mohamud sememangnya dilahirkan sebagai pejuang rakyat. Beliau terlibat dengan pergerakan kesatuan sekerja sejak awal 1970an. Sejak 1975, beliau mula berkhidmat di kesatuan pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu (kesatuan pekerja bagi pekerja-pekerja dalam industri automobile) di Shah Alam dan kini sebagai Setiausaha Eksekutif.
Tanggungjawab lain yang dipikul ialah Ahli Lembaga Penasihat Pekerja Kebangsaan, Ahli Lembaga MTEN, Ahli Lembaga KWSP dan juga salah seorang anggota panel kepada Makhamah Perindustrian, anggota Akademik bagi ijazah MBA Universiti Tun Abdul Razak, anggota Majlis Penasihat Akademik bagi ijazah lanjutan Universiti Utara Malaysia, anggota penuh Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC), jawatan Timbang Tara (Panel of Arbitrators) bagi sejumlah kesatuan-kesatuan pekerja di Malaysia.
Beliau ini menyandang jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), jawatan yang ditandingi sejak 1994 dan tewas kepada Zainal Rampak selama empat pemilihan.
Penglibatannya dalam gerakan buruh juga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa di mana beliau dilantik sebagai Presiden Majlis Kesatuan-kesatuan Sekerja ASEAN (ATUC).
Dalam politik, beliau mula bertanding dalam pilihanraya umum sejak berusia 21 tahun pada tahun 1974 di bawah tiket Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Beliau menentang Timbalan Menteri Besar pada ketika itu, Beliau bertanding sekali lagi dalam Pilihanraya Umum 2004 di Parlimen Kelana Jaya. |
Posted in BOOKS - BAHASA MALAYSIA | Leave a Comment »